I. Biodata dan perihal kehidupan
Nama sebenar Abu Rayhan
Muhammad bin Ahmad al-Biruni. Lahir pada 3 Zulhijah 362H @ 4
September 973M di Parsi. Meninggal dunia pada 1
September 1048 @ 12 Rejab 440H. Penduduk Khawarizm memanggil
orang asing sebagai “Biruni”. Memperolehi ilmu pengetahuan
daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani. Rasa’il al-Biruni merupakan
sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Menguasai dua buah tamadun
besar (tamadun Arab dan tamadun Yunani). Hubungan erat dengan para intelek
Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi iaitu seorang
ahli fizik Kristian.
II. Sumbangan Al-Biruni
ASTRONOMI
-
Pengaruh matahari dan bulan
ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang
binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah
pengembaraan dan perjalanan. Menentukan arah kiblat, waktu
solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar.
TEORI ASTRONOMI
KOSMOGENI
-
Membincangkannnya secara
terperinci dalam bukunya Al-Tauhid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan
dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus
pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib
al-Busti.
KALENDAR DAN KRONOLOGI
-
Menulis satu risalah kecil yang
menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang
dalam setahun di kutub. Mencipta sejenis alat untuk
mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya iaitu
Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya Tanqih al-Tawarikh
membincangkan tentang tarikh. Bukunya Tasawwur Amr al-Fajr wa
al-Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq membincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang
membincangkan perkara di atas dengan
lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan
tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan
takwim, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwim
Sakkala kepada takwim Hijrah.
MATAHARI
(A) Sifat fizikal matahari
-
Matahari adalah jasad yang
panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, sama
juga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakarnya.
(B) Gerakan tahunan
-
Mempercayai teori geosentrik
dan menganggap matahari bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa
gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
(C) Fajar dan senja
-
Mendapati senja terjadi apabila
matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan
al-Biruni. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
AHLI SAINS
CAHAYA DAN BUNYI
-
Mempercayai bahawa cahaya lebih
laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia
dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau
berakhir apabila Matahari di bawah kaki langit.
GRAVITI
-
Menolak pandangan Aristotle
yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa gravity. Beliau menolak idea
bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal
bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.
MEKANIK
Mencipta
dua alat yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidro statik.
Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat
merupakan sejenis balai cerap yang baru , ia dinamakan al-Ustawani yang beliau
gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, kedalaman
telaga serta sungai.

No comments:
Post a Comment