TOKOH 1

I.                   Biodata dan perihal kehidupan

Sinan atau lebih dikenali sebagai Qujah Mi’mar Sinan (The Grand Old Master Architect).  Beliau dilahirkan di Kampung Agirnes berdekatan dengan Qaysariyyah di Anatolia (Turki) pada 15 April 1489 / 9 Rejab 895 Hijri. Walaupun begitu, menurut Freely (1992) nama sebenar beliau ialah Sinanuddin Yusuf bin Abdullah berdasarkan kepada ukiran yang ditandatangani Sinan di Jambatan Buyuk Cekmece (Turki) pada tahun 1567m. Kedua ibu bapanya berketurunan Kristian Yunani dan setelah menerima Islam bapanya dikenali sebagai “Abd al-Mannan”. Datuknya pula bernama Dogan Yusuf Aga dan diriwayatkan sebagai seorang tukang kayu atau tukang bina.
Sepanjang penglibatan beliau dalam seni bina Islam, sebanyak 477 buah monumen telah dibina di seluruh Empayar Uthmaniyyah dalam tempoh yang amat menakjubkan. 336 buah monument dibina di Istanbul dan kawasan sekitarnya. Manakala, selebihnya sebanyak 141 buah monumen bertaburan di seluruh pelosok empayar termasuklah Greece, Bulgaria, Hungary, Makkah, Madinah, Jerusalem, Damsyiq, Basrah dan Baghdad.
Kebanyakan struktur bangunan binaan Sinan masih tetap berdiri megah di mata dunia. Tambahan pula, Sinan dikatakan Berjaya menghasilkan satu hubungan yang harmoni dan simbolik antara masjid sebagai lambang kebesaran dan kemegahan kekuasaan seseorang sultan dengan keagungan masjid Sultan Sulayman II di Istanbul. Sumbangan dan usaha Sinan pada era kegemilangan Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Sulayman al-Qanuni dan juga para pengganti beliau tetap menjadi lambang kemegahan tamadun manusia sepanjang zaman.


II.                Kepakaran Mimar Sinan
  • Semasa kempen peperangan di Moldavia bersama Sultan Suleyman (1538), Sinan menunjukkan kemahirannya dalam membina jambatan menyeberangi Sungai Prut dengan masa yang singkat iaitu 13 hari sahaja bagi kemudahan orang ramai
  • Sultan Suleyman Al-Kanun telah menganugerahkan Sinan pangkat sebagai ketua Arkitek Uthmaniyyah pada 1539 dan beliau digelar Mimar Sinan yang bermaksud Arkitek Sinan
  • Beliau Menjadi pengurus terkenal dalam kerja-kerja pembinaan pada zaman kerajaan Uthmaniyyah selama hampir 50 tahun

III.             Sumbangan Mimar Sinan
  • Masjid Sehzade
Masjid ini dibina di Istanbul pada 1543-1549M, ketika ini Sinan berumur 54 tahun. Masjid ini dibina atas arahan Sultan Sulayman II untuk memperingati puteranya yang tersayang, Sehzade Mehmet yang meninggal dunia di Manisa pada tahun 1543M, ketika beliau berumur 21 tahun.
Ia merupakan kompleks masjid pertama dibina berdasarkan skala pembinaan yang bermatlamat sebagai sebuah monument kebanggan dawiah. Sinan menggambarkan masjid ini sebagai hasil usaha beliau dalam bidang seni bina. Sebelum ini, beliau menghadapi permasalahan dengan konsep separa-kubah dan pembinaan masjid ini telah menyelesaikan masalah tersebut. Ianya juga telah mengatasi kehebatan St. Sophia dan Masjid Fatih Pasha di Diyarbekir melalui konsep pembinaan separa-kubah
Sinan menampilkan kelainan dengan mendirikan struktur kubah utama yang diharmonikan dengan empat buah separa-kubah. Ini menyebabkan beliau menyampaikan cara tersendiri dalam mereka bentuk skala monument yang berasaskan ruang yag luas dan pelbagai saiz kubah dan separa-kubah. Bahagian utama masjid itu berukuran 38 meter persegi yang dibumbungi sebuah kubah yang ukuran garis pusatnya ialah 19 meter. Kubah ini ditunjangi dengan empat tiang dan empat separa-kubah serta kubah kecil di setiap empat penjuru masjid. Ketinggian kubah dari dataran masjid hingga ke puncak ialah setinggi 37 meter dan jarak empat tiang antara satu sama lain ialah sepanjang 16.52 meter. Empat separa kubah yang mengelilingi kubah utama dicantumkan dengan dua exedra di kanan kirinya
Selain itu, masjid ini turut mempunyai halaman yang luas. Ianya dihiasi dengan sardirvan (tempat wuduk) di tengahnya. Ia dikelilingi dengan arked berbumbungkan 16 kubah kecil dengan pembahagian 12 kolum yang tersusun rapi dan keluasannya adalah serupa dengan keluasan dalamannya juga.

Rajah 1: Gambar luaran Masjid Sehzade

 
Rajah 2: Ruang dalaman Masjid Sehzade

  • Masjid Suleymaniye
Masjid ini merupakan masjid kedua binaan Mimar Sinan. Setelah kejayaanya dalam membina Masjid Sehzade, Sultan Sulayman II telah mengamanahkan Sinan membina sebuah kompleks masjid buat dirinya sendiri terletak di atas bukit dan berhadapan dengan pelabuhan. Ketika projek ini Sinan berusia 60 tahun. Kompleks masjid ini dibina mulai tahun 1550M dan bahagian masjid siap sepenuhnya pada tahun 1557M, manakala bahagian kulliye lain siap dua tahun berikutnya.
Masjid ini bercirikan konsep kubah utama yang diapit dengan dua separa-kubah, setiap separa kubah itu digabungkan dengan dua exedra. Buat pertama kalinya, kulliye ini mempunyai sebuah universiti di samping lapan belas bangunan lain yang dibangunkan. Kawasan arkednya dihiasi dengan ardivan di tengah-tengahnya. Ukuran dalaman masjid ialah 61 meter panjang dan 70 meter lebar. Selain itu, ukuran garis pusat kubah utamanya ialah 26.5 meter dan setinggi 53 meter dan ia adalah kubah terbesar di Istanbul selepas St.Sophia. Ia disokong oleh empat tiang utama yang besar dan tiang sokongan bahagian depan dan belakang dibumbungi dengan separa kubah. Di bahagian kiri dan kanan deretan kubah pula dibarisi dengan lima kubah kecil. Bahagian dalaman masjid dihiasi dengan ukiran dan tulisan khat yang sangat indah. Mihrab dan mimbarnya juga dihiasi dengan marmar berkualiti tinggi dan keseluruhan inskripsi al-Quran dihasilkan oleh tokoh kaligrafi terkemuka Uthmaniyyah. Empat menara azan didirikan di setiap penjuru halaman masjid, dua menara yang lebih tinggi memiliki tiga balkoni dan dua yang lebih rendah memiliki dua balkoni.
Di bahagian hadapan masjid terletak turbe Sultan Sulayman II dan isterinya yang berbentuk segi lapan. Di bahagian penjuru utara-timur kompleks terletak kubur Sinan sendiri yang sederhana bentuknya. Kulliye ini mengandungi tujuh madrasah pengajian islam, kolej perubatan, hospital, sekolah rendah dan deretan kedai. Di kanan masjid pula terdapat dua tingkat dewan yang digunakan untuk perkuliahan

Rajah 3; Gambaran luar Masjid Suleymaniye

Rajah 4: Ruang dalam Masjid Suleymaniye

Rajah 5: Turbe Sultan Suleyman II dan isterinya

Rajah 6: Turbe Mimar Sinan

  • Masjid Selimiye
Merupakan masterpiece terakhir Mimar Sinan. Masjid ini dibina ketika beliau mencecah 80 tahun. Ia dibina di Edirne untuk Sultan Salim II (1566-1574M) mulai tahun 1568M dan siap sepenuhnya pada 1575M, setahun selepas kemangkatan Sultan Salim II.
Gabungan antara masjid dan halaman membentukkan kulliye segi empat tepat yang mempunyai ukuran 60 meter lebar dan 44 meter panjang. Kawasan halaman masjid mempunyai arked berbumbung sebanyak 18 buah dengan terletaknya ablutions fountain di tengah-tengahnya. Madrasah pula terletak di bahagian hujung selatan-timur kompleks dan bahagian barat kompleks ini terdiri daripada darul kura dan deretan bangunan perniagaan Kavaflar Arasta, iaitu arked tukang kasut yang sebanyak 124 buah kedai memenuhinya. Keistimewaan utama masjid ini ialah bahagian utamanya berbentuk segi lapan, ketinggian empat menaranya setinggi 70.9 meter di samping ukuran garis pusat kubah utamanya selebar 31.28 meter melebihi keluasan St.Sophia.

Rajah 7: Gambaran luar Masjid Selimiye

Rajah 8: Gambaran dalam Masjid Selimiye

Rajah 9:Absolution fountain of Selimiye mosque

No comments:

Post a Comment