Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan kurniaNya kami dapat menyiapkan salah satu
tugasan untuk subjek semester 5, Islam Sains dan Teknologi iaitu projek blog. Tajuk
tugasan blog ini adalah Sumbangan Islam pada Dunia Sains & Teknologi. Untuk
permulaannya, orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap
peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dari aspek
agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang
Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya
kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara
ikhlas dan jujur. Inilah antara
sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu,
agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang
dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Dalam
blog ini anda akan dapat memperoleh lebih banyak ilmu berkaitan sumbangan Islam
pada Dunia Islam & Teknologi.
Nice input
ReplyDeleteOk. Intipati yg menarik. ❤️
ReplyDeleteinfo yg sgt mnarik.. indahnya dunia sains n teknologi
ReplyDelete